APA ITU MEDIA SOSIAL ?

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa media sosial sememangnya merupakan satu platform penggerak kepada masyarakat di seluruh dunia. Negara Malaysia juga tidak terkecuali menggalakkan usahawan di negara ini supaya menggunakan kaedah media sosial sebagai pemangkin perniagaan masing-masing. Jika dilihat pada senario hari ini, pendekatan media sosial menjadi fenomena yang sangat penting kepada persekitaran sehari hari. Media sosial membawa banyak maksud namun secara am-nya, media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju, maka media sosial turut ikut membangun dengan pesa...