Kemudahan internet dan media sosial merupakan salah satu platform atau cara untuk kita berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, internet juga boleh dijadikan sebagai medium untuk kita menimba ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, ramai dikalangan kita yang menyalahgunakan internet dengan menonton gambar dan video lucah, menyebarkan berita palsu, menjalinkan hubungan “cinta monyet” yang sekali gus boleh menjurus kepada jenayah seksual, pengedaran dadah dan gengsterisme. Kanak-kanak yang melayari internet lebih terbuka mindanya di mana hakikatnya ia suatu perkembangan yang selaras dengan perkembangan teknologi serta memastikan generasi muda tidak ketinggalan serta kaedah berkesan melahirkan pelapis yang celik Teknologi Maklumat (IT). Namun, kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan internet sebenarnya terdedah dengan risiko diserang pembuli siber yang boleh mengakibatkan tekanan, gangguan perasaan serta terasa diancam. Walaupun kes buli siber ...
Comments
Post a Comment