CONTOH SALAHGUNA MEDIA SOSIAL
Kemudahan internet dan media sosial merupakan salah satu platform atau cara untuk kita berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, internet juga boleh dijadikan sebagai medium untuk kita menimba ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, ramai dikalangan kita yang menyalahgunakan internet dengan menonton gambar dan video lucah, menyebarkan berita palsu, menjalinkan hubungan “cinta monyet” yang sekali gus boleh menjurus kepada jenayah seksual, pengedaran dadah dan gengsterisme.
Kanak-kanak yang melayari internet lebih terbuka mindanya di mana hakikatnya ia suatu perkembangan yang selaras dengan perkembangan teknologi serta memastikan generasi muda tidak ketinggalan serta kaedah berkesan melahirkan pelapis yang celik Teknologi Maklumat (IT). Namun, kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan internet sebenarnya terdedah dengan risiko diserang pembuli siber yang boleh mengakibatkan tekanan, gangguan perasaan serta terasa diancam.
Walaupun kes buli siber di Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman, tetapi ia suatu yang perlu disedari dan diakui boleh mengganggu pengguna internet khususnya generasi muda yang baru berjinak dengan dunia teknologi. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, kebanyakan kejadian berlaku berikutan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan watak dalam permainan internet. Mereka turut mengamalkan sikap yang sama ketika berkomunikasi dengan pengguna lain di internet.

Selain itu, jenayah fitnah turut merupakan suatu jenayah yang boleh berlaku sama ada di alam nyata mahupun di alam siber, tambah-tambah lagi dengan adanya kemudahan laman laman rangkaian media social yang membolehkan seseorang berinteraksi dan bertukar pendapat malah memberikan informasi atau dokumen dengan hanya menekan dihujung jari. Jadi dengan adanya medium perinteraksian seperti media-media social seperti ini, tidak mustahillah seseorang boleh menyatakan kepada seseorang yang lain sesuatu yang tidak benar atau sebagainya dan menyebarkan khabar angin yang tidak betul dan seterusnya menjadi sesuatu fitnah.
Comments
Post a Comment