TINDAKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL
Tindakan undang-undang merupakan salah satu cara usaha bagi melindungi hak orang ramai daripada pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada penggunaan Internet yang meluas pada masa ini dan akan datang.
"Penggunaan teknologi dan Internet ini jika disalah guna boleh dijadikan sebagai tempat penyebaran maklumat yang tidak tepat malah sesetengah maklumat yang disebarkan mempunyai unsur fitnah yang boleh mengancam keselamatan orang awam dan juga negara selain boleh menyentuh sensitiviti masyarakat awam khususnya masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum" Utusan, Mei 2016

Akta Fitnah 1957
- Mengawal segala informasi/penulisan yang mempunyai unsur fitnah
Akta Jenayah Komputer 1997
- Mengakses secara tidak sah/ mengubah program dan data yang terdapat dalam sesebuah komputer (hack)
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
- Memastikan data peribadi tidak disalahguna oleh pihak lain.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
- Menyediakan atau mengeluarkan kandungan bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.
Akta Hakcipta (pindaan) 1997
- Akta ini dikuatkuasakan bertujuan untuk melindungi pencipta dan penerbit sesuatu karya . orang yang berkarya mempunyai hak-hak ekslusif yang tertentu iaitu karya tersebut tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh disampaikan kepada orang awam, tidak boleh digunakan oleh orang awam, tidak boleh diedarkan dalam salinan dan tidak boleh disewa secara komersial.
Comments
Post a Comment