LANGKAH MEMANFAATKAN MEDIA SOSIAL

Cara Memanfaatkan Sosial Media Dengan Baik dan Bijak


Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Malah kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada tahun 2016 mendapati 96.5 peratus daripada responden memiliki akaun Facebook dan 89.3 peratus pengguna telefon pintar untuk mengakses internet. Ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna internet dan media sosial yang aktif secara tidak langsung telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat Malaysia.







               Selain itu, laman sosial juga boleh dimanfaatkan sebagai satu janjang untuk kebanyakkan masyarakat mengetahui pelbagai isu semasa yang berlaku di persekitaran mereka dengan cepat dan mudah. Hal ini demikian kerana segala isu akan lebih sering dikongsi oleh pengguna-pengguna media sosial dengan cepat dari semasa ke semasa yang secara sedikit demi sedikit telah mengakibatkan penjualan medium bacaan seperti surat khabar dan majalah sedikit menurun kerana masyarakat kini lebih cenderung kepada membaca berkaitan dengan hal-hal keadaan semasa melalui media sosial berbanding bahan bacaan seperti surat khabar dan majalah. Hal ini adalah kerana jika ingin mendapatkan surat khabar aaupun majalah, mereka perlu mengeluarkan duit manakala mendapatkan maklumat daripada media sosial adalah percuma. Menurut kajian yang dilakukan oleh profesor-profesor di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati bahawa pada zaman kini, masyarakat yang tidak tahu menggunakan media sosial dianggap seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita perlulah lebih peka dengan arus permodenan sekarang agar kita tidak akan ketinggalan zaman.



               Laman sosial di alam siber boleh dijadikan tempat perbincangan dalam kalangan pelajar bagi membincangkan masalah dan persoalan yang timbul berkaitan pembelajaran. Pelbagai sosial media yang ada membolehkan pelajar berhubung dengan mudah antara satu sama lain. Contohnya, aplikasi yang menyediakan medium 'chatting' seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya dapat menghubungkan pelajar dengan cara yang mudah tanpa memerlukan pergerakkan fizikal. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Teknologi, Sains dan Inovasi, kebanyakkan sekolah di luar negara seperti Jepun dan United Kingdom lebih banyak menggunakan medium seperti laman sosial untuk mengajar pelajar-pelajar mereka melalui jarak jauh.

               Seterusnya, bakat dan kebolehan seseorang turut boleh ditonjolkan menerusi rangkaian sosial apabila digunakan dengan sebaik mungkin. Rangkaian sosial seperti facebook dan instagram boleh memuat naik video bakat mereka seperti menyanyi dan memasak lalu akan diketahui oleh banyak pihak yang sering menggunakan media sosial. Pendedahan sebegini bukan sahaja membuka peluang bakat seseorang itu dikenali ramai tetapi juga boleh menjadi peluang untuk lebih terkenal sehingga kebolehan itu menjadi kerjaya seterusnya punca pendapatan mereka. 



               Kesimpulannya, rangkaian media sosial begitu penting dalam kehidupan masyarakat kini. Walaubagaimana pun, cara penggunaannya perlulah betul. Kegagalan untuk menggunakannya dengan baik akan membawa pelbagai impak negatif seperti terlibat dengan kes jenayah dan masa yang ada akan dihabiskan secara sia- sia. Kerajaan perlu turut bersama-sama masyarakat bersikap terbuka dalam isu ini kerana dunia masyarakat sekarang penuh dengan internet terutamanya rangkaian media sosial. Peribahasa ukur baju di badan sendiri seolah-olah menekankan kepentingan remaja menilai sendiri keperluan mereka dalam penggunaan rangkaian media sosial itu.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH SALAHGUNA MEDIA SOSIAL

TINDAKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL