APA ITU MEDIA SOSIAL ?
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa media sosial sememangnya merupakan satu platform penggerak kepada masyarakat di seluruh dunia. Negara Malaysia juga tidak terkecuali menggalakkan usahawan di negara ini supaya menggunakan kaedah media sosial sebagai pemangkin perniagaan masing-masing. Jika dilihat pada senario hari ini, pendekatan media sosial menjadi fenomena yang sangat penting kepada persekitaran sehari hari.
Media sosial membawa banyak maksud namun secara am-nya, media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju, maka media sosial turut ikut membangun dengan pesat. Kini, untuk mengakses facebook atau twitter, masyarakat boleh mangakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula menapak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita.
Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Jika untuk memiliki media tradisional seperti televisyen, radio, atau akhbar memerlukan modal yang besar dan tenaga kerja yang banyak, tetapi lain halnya dengan media. Seorang pengguna media sosial boleh mengakses menggunakan media sosial dengan rangkaian internet bahkan yang aksesnya lambat sekalipun, tanpa bayaran besar, tanpa alat mahal dan dilakukan sendiri tanpa pekerja. Pengguna media sosial turut boleh menyunting, menambah, mengubah suai baik tulisan, gambar, video, grafik, dan pelbagai model kandungan lain hanya dengan hujung jari walaupun ianya mempunyai kesan yang positif dan negatif ttersendiri. Masyarakat perlu lebih bijak dalam membuat sesuatu tindakkan agar tidak memakan diri di kemudian hari.

Comments
Post a Comment