KESIMPULAN

K

Media sosial telah merupakan peranan penting dalam marketing sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, Twitter dan Facebook telah berkembang pesat menjadi media yang pantas dan cepat dengan penyampaian berita terkini yang terjadi di sekitar kita atau yang menjadi trending pada waktu-waktu tertentu. Dengan adanya media sosial ini, kita mampu menciptakan sebuah dimensi baru untuk pemasaran internet sehingga menjadi lebih efektif, efisien dan lebih produktif jika anda mampu mempertahankannya dan mampu mengembangkannya menjadi sebuah media internet marketing yang berkualiti, dan lebih komprehensif untuk menarik pembeli yang berpotensi dan sangat berharga. Secara keseluruhannya, media sosial banyak memberi manfaat dan faedah kepada semua pengguna dengan syarat pengguna tidak menyalahgunakan laman media sosial ini. Penglibatan para usahawan kita di dalam media sosial di Malaysia haruslah dipergiatkan dengan lebih lagi iaitu dengan cara mengadakan lebih banyak bengkel-bengkel kepada para usahawan negara kita supaya produk kita dapat diperkenalkan di seluruh pelusuk dunia. Natijahnya adalah bahawa media sosial sememangnya merupakan sebuah platform internet yang sangat berguna terutama bagi mereka yang menginginkan pemasaran melalui media internet yang produktif tanpa mempunyai kos yang tinggi untuk dikeluarkan untuk pemasarannya.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH SALAHGUNA MEDIA SOSIAL

TINDAKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL